Saturday, 12 November 2011

Hasil Audit Surveillance

Hasil audit surveillance sangat 'miracle', walaupun terdapat beberapa kepincangan ditemui, namun hasil yang telah dikeluarkan oleh auditor Parimala Devi adalah sangat mesra, dengan 1 NCR dan 5 OFI.  Namun begitu semua pihak perlu berusaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan masing-masing.  Tahniah warga kerja KPTM Kuantan.

1 comment:

  1. Syukur kepada Allah swt KPTM KTN telah melalui SA1 dengan baik.Syabas dan tahniah kepada WP yang telah memberi komitmen yang terbaik.SA1 adalah satu ujian bagi semua warga kerja.Ujian ini akan hanya menjadi cemerlang sekiranya semua warga kerja memberi tumpuan yang serius dan meluangkan masa untuk menghayati dan melaksanakan kerja mengikut kehendak /prosedur yang telah dipersetujui .Setiap daripada kita perlu mengkaji dan menilai diri sendiri dengan apa yang cacat pada diri sendiri setelah melalui ujian ini.Dengan menilai diri sendiri,kita akan menyedari dan membuat perubahan dari segi berfikir dan bertindak.
    Keputusan SA1 pada 11-11-11 1NCR5OFI adalah nikmat Allah swt kepada semua warga kerja KPTM KTN yang telah bekerja keras tanpa mengira masa dan tenaga.Semuanya di lakukan secara ikhlas dan ganjaran yang diperolehinya tentulah manis.Setiap warga kerja perlu sentiasa mendisiplinkan diri dan bekerja secara jujur dan ikhlas.
    SYABAS DAN TAHNIAH kepada semua yang terlibat secara langsung khasnya Ketua Audit,Pegawai Dokumen,Pegawai Kualiti ,semua Proses Owner dan Auditors.

    ReplyDelete