Ahli pengurusan SPK terdiri daripada semua ahli pengurusan KPTM Kuantan. Wakil Pengurusan, Pegawai Kualiti, Pegawai Dokumen, Juruaudit, Urusetia SPK dan pemegang proses merupakan tulang belakang SPK. Terdapat 9 objektif kualiti yang telah dikenalpasti iaitu memenuhi 65% sasaran pengambilan pelajar, 80% kes aduan diselesaikan dalam masa yang ditetapkan, 100% mendapat kelulusan sebelum program dijalankan / akreditasi penuh selepas program dijalankan, 95% pelajar tahun 1 mendapat penempatan asrama, CGPA penilaian pensyarah – SIE mencapai purata 3.00 /5.00, 85% pelajar lulus, 90% kelengkapan pengajaran dan pembelajaran dipenuhi, setiap kakitangan mendapat sekurang-kurangnya latihan 8 jam setahun dan 100% tindakan pembetulan dan pencegahan dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment