Aktiviti Semasa

Lawatan audit sirim 
9 -11 November 2011 adalah tarikh audit pemantauan oleh Parimala Devi.  Selama 3 hari audit telah dilaksanakan terutama di bahagian Akademik, Peperiksaan, Kawalan Keselamatan, Asrama, dan Latihan kakitangan.  Hasil audit 1 NCR - akademik dan 5 OFI - internal audit, latihan, aduan pelanggan, kawalan rekod dan kawalan keselamatan.

Taklimat ISO dan taklimat peperiksaan

Taklimat ISO dengan semua kakitangan telah diadakan pada 27 Oktober.  Ianya merangkumi semua bidang tugas yang perlu dilaksanakan sebelum audit sirim pada 9-11 November 2011.  Selain itu juga taklimat peperiksaan juga dilaksanakan bagi memastikan prosedur peperiksaan dilaksanakan dengan baik supaya tiada masalah timbul ketika audit sirim berlangsung.

Bacaan yasin dan sembahyang hajat 


Bacaan yasin dan sembahyang hajat sempena peperiksaan akhir dan audit sirim telah diadakan pada 27 Oktober 2011.

Audit HR


Audit di bahagian HR telah dilaksanakan pada 27-28 Oktober 2011 bagi menyemak dokumen-dokumen HR memenuhi prosedur yang telah ditetapkan.


Validasi keputusan akhir program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)

Validasi keputusan akhir program EE111 telah diadakan di Shah Alam pada 21 Oktober 2011.  3 orang pensyarah yang turut serta adalah En Razmi, Cik Narimah dan Pn Zetti Adela. 

Lawatan ke Jabatan Pembangunan Kerja


Lawatan ke JPK Putrajaya bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Sijil Kemahiran Malaysia oleh tiga orang Ketua Jabatan telah diadakan pada 21 Oktober 2011.  Ketua Jabatan yang terlibat adalah En Khairulnizam, En Kamal Ariffin, dan En Dzulkarnain Hassan.

Pembentangan Laporan Akhir Latihan Industri

Pembentangan laporan akhir latihan industri bagi pelajar-pelajar semester 6 yang telah menjalani latihan industri di organisasi luar mahupun di KPTM Kuantan telah diadakan sepanjang minggu ke 14 iaitu dari 17 Oktober - 21 Oktober 2011.

Sesi Temuduga bagi kursus Career Management

Sesi temuduga bagi kursus Career Management iaitu kursus semester 5 bagi kebanyakan program dalaman telah diadakan pada minggu ke-14 oleh Cik Suhaniz Ayuni Shafie. 

Anual General Meeting MPP

AGM MPP telah diadakan pada 21 Oktober 2011 di Dewan Jubli Perak KPTM Kuantan, iaitu penyerahan pimpinan MPP sesi 2010/2011 kepada MPP yang baru dilantik menerusi pilihanraya bagi sesi 2011/2012.  Terima kasih kepada MPP sesi 2010/2011 di atas sumbangan yang telah diberikan.

Validasi keputusan akhir program Diploma in Civil Engineering 

Validasi keputusan akhir program EC110 telah diadakan di UiTM Pahang Jengka pada 19 Oktober 2011.  Pensyarah yang turut serta adalah En Khairulnizam Kamarulzaman dan Pn Siti Zaleha.  Hasil validasi didapati keputusan peperiksaan akhir program EC110 adalah sangat memuaskan.

Majlis Makan Malam Perpisahan


Majlis Makan Malam sempena perpisahan dengan pelajar-pelajar semester 6 sesi Julai 2011 telah diadakan di Indera Sempurna Resort pada 19 Oktober 2011. Majlis telah dihadiri oleh seramai 46 orang pelajar semester 6 dan disertai oleh sebilangan pengurusan tertinggi dan pensyarah.

Pemberian Hadiah Aktiviti Keceriaan Asrama sempena Sambutan Kemerdekaan

Bermula dari pelancaran sambutan bulan kemerdekaan, pertandingan keceriaan asrama telah dilaksanakan.  Hasil dari pertandingan pemenang dari Blok E telah mendapat tempat pertama, Blok D tempat kedua dan Blok T tempat ketiga. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada Selasa 18 Oktober 2011 berhadapan Student Center.

Majlis Anugerah Dekan


Seramai 111 (9%) orang pelajar telah menerima anugerah Dekan bagi sesi Jan - Mei 2011. Majlis telah diadakan pada Khamis 13 Oktober 2011 jam 8 malam bertempat di Hotel Vistana Kuantan.

Konvokesyen KPTM ke-28 di Putrajaya International Convention Centre (PICC)


Konvokesyen ke 28 pada 15-16 Oktober 2011 telah diadakan di Dewan Plenari Putrajaya International Convention Center dengan empat sidang.   Lebih kurang 4000 orang graduan KPTM yang telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda, Diploma, dan Sijil yang berkaitan.  Terdapat seramai 343 orang graduan KPTM Kuantan dalam bidang IT, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam menerima sijil konvokesyen mereka.

Wakil KPTM Kuantan yang turut hadir ke majlis ini ialah Pn Pengarah, Nurulkhamar Shariff, Pn Anisa Mohd Yusoff, Pn Nazdatun Azlin, Cik Zarinatun Ilyani, Ust Malik Mustaffa, En Badrul Hisham, En Hisham Arifin, Pn Faridah dan Pn Intan Noorazlina.  Selain itu En Mohd Rosli (HEP), En Solehhudin (HEP), Pn Rohzani (Kewangan), Cik Siti Aminah (Kewangan) turut hadir ke majlis ini.

3 orang graduan KPTM Kuantan menerima Sijil Anugerah Perak iaitu Muhamad Farid bin Ibarahm @ Ibrahim (DIT), Noor Ezzatie Baaduzaman (Elektrik) dan Nazarohaidayu Mohamed Nasir (Elektrik).

Manakala bagi penerima Sijil Anugerah Khas Presiden, adalah Fatin Liyana binti Kamal Bharin  (Accounting), Nur Laela Samsul Muareif (Accounting), Ruzana binti Mohd Azly Lee (Accounting), Mohd Lukmanul Hakim bin Mohd Ariffin (Accounting) dan Muhamad Farid bin Ibarahm @ Ibrahim (DIT).

Bagi anugerah Ko-kurikulum pula dianugerahkan kepada saudara Muhamad Farid bin Ibarahm @ Ibrahim.

Kemuncak majlis apabila saudara Muhamad Farid dari KPTM Kuantan telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas kerana berjaya membolot empat anugerah kecemerlangan akademik.  Tahniah dan syabas kepada saudara Muhamad Farid dan ibu-bapanya.  Tidak lupa juga jasa pensyarah-pensyarah, mentor dan pihak pengurusan yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan tunjuk ajar sehingga beliau berjaya ke tahap ini. 

Syabas dan tahniah sekali lagi, semoga KPTM Kuantan akan berjaya melahirkan lebih ramai graduan berkualiti seperti saudara Muhamad Farid pada sesi konvokesyen akan datang.