Monday, 19 December 2011

Kursus SKM

Under construction.

Persidangan Pendidikan MARA 2011

Persidangan Pendidikan MARA 2011 telah diadakan di Hotel Istana pada 14 - 17 Disember 2011.  Ianya dihadiri oleh semua IPMA iaitu KPTM, UNIKL, MRSM, Giat MARA, IKM, KKTM, KPM, dan KM.  Tajuk persidangan adalah Transforming Education Through Globalization.  Persidangan telah dirasmi oleh Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad.

Antara tajuk-tajuk persidangan yang dibentangkan adalah Idea Pendidikan Global, Transformasi Pendidikan MARA, Transforming Education Through Globalization, Education in the Future, Achieving Global Excellence, Roles and Challengers of Leaders and Followers, Membina Pelajar Holistik, World Class Education, Pendidikan Teknikal & Vokasional, Global Compentent Workforce, Kepimpinan dan Globalisasi dan Transformasi Pendidikan Global.

Pada 15 Disember, lawatan bertema telah diadakan di beberapa tempat seperti di Perbadanan Putrajaya, Pusat Job Malaysia, Muzium Kesenian Islam Malaysia, National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Bangi, Menara KL dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Selain itu juga, persidangan turut dihadiri oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA semasa sesi 'Dinner Talk' pada 15 Disember 2011.

 

Friday, 9 December 2011

Audit COPIA

Audit COPIA bagi program-program usahasama UiTM dijalankan pada 6 dan 7 Disember 2011 oleh dua orang panel dari UiTM Shah Alam,  Mereka adalah En Tarmidzi dan Ustaz Zawawi, masing-masing daripada Ketua Unit Pengurususan Pejabat dan Ketua Unit Pengajian Islam.

Hasil audit telah dibentangkan oleh kedua-dua panel penilai.  

Wednesday, 16 November 2011

1 NCR dan 5 OFI

Hasil Surveillance Audit 1, telah menghasilkan 1 NCR dan 5 OFI.  1 NCR adalah berkaitan akademik dan 5 OFI yang lain berkaitan kawalan keselamatan, kawalan rekod, internal audit, latihan dan aduan dan maklumbalas pelanggan.

Saturday, 12 November 2011

Hasil Audit Surveillance

Hasil audit surveillance sangat 'miracle', walaupun terdapat beberapa kepincangan ditemui, namun hasil yang telah dikeluarkan oleh auditor Parimala Devi adalah sangat mesra, dengan 1 NCR dan 5 OFI.  Namun begitu semua pihak perlu berusaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan masing-masing.  Tahniah warga kerja KPTM Kuantan.

Wednesday, 9 November 2011

Audit Surveillance

Warga kerja KPTM Kuantan bertungkus lumus bersedia untuk menghadapi audit ini dengan tetap hadir ke kolej pada cuti umum Sabtu 5 Nov, Ahad 6 Nov dan Isnin 7 Nov, walaupun ketiga-tiga hari ini adalah cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.  Sehingga jam 10 pagi sebelum auditor menjejakkan kaki ke kolej, wargakerja KPTM Kuantan masih lagi berjuang menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. 

Auditor Parimala Devi telah hadir ke kolej seperti yang ditetapkan iaitu pada 9 Nov.  Hari pertama  Audit dimulakan dengan proses Audit Dalam, Aduan pelanggan dan maklumbalas pelanggan dan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.


Hari kedua - akan dipenuhkan dengan audit bahagian pengajaran dan pembelajaran, diikuti dengan audit infrastruktur, latihan industri dan ko-kurikulum.  Hari ketiga pula audit diteruskan di bahagian peperiksaan dan proses latihan kakitangan.

Walaupun apa sahaja hasil audit ini, saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua wargakerja KPTM Kuantan yang telah berusaha sedaya upaya  untuk memastikan pihak Kolej dapat mengekalkan persijilan ISO.

Saturday, 22 October 2011

Perjumpaan dengan semua kakitangan KPTM Kuantan

Pada 27 Oktober 2011, solat hajar dan bacaan yasin akan diadakan di surau KPTM Kuantan sempena menghadapi minggu peperiksaan akhir dan audit surveillance.  Minggu peperiksaan akhir akan berlangsung dari 31 Okt -  16 November 2011, manakala Audit Sirim akan diadakan pada 9 - 11 November 2011 oleh Parimala Devi.

Selepas solat hajat dan bacaan yasin, mesyuarat bersama semua pensyarah akan diadakan pada 10.30 pagi bagi membincangkan hal-hal berkaitan peperiksaan dan ISO.  Semua pensyarah diekehendaki membawa program handbook dan satu portfolio pengajaran bagi menyemak perkara-perkara berkaitan penilaian pelajar.

Di sebelah petang pula, perjumpaan dengan semua non-akademik akan diadakan bagi membincangkan tindakan-tindakan yang perlu dibuat oleh semua kakitangan bagi memastikan Audit Sirim berjalan dengan lancar.

Pada tarikh yang sama juga, audit 5s akan dijalankan di makmal komputer, makmal kejuruteraan awam, makmal kejuruteraan elektrik dan penyemakan terhadap keselamatan seperti 'alat pemadam api' dan 'first aid'.  Auditor 5s terdiri daripada Pn Nor Asikin Abdullah, Pn Intan Noorazlina, Pn Hasni Suhana, Pn Faridah, Pn Maizatul Akma, En Razmi, dan Cik Nur Illyana.

Friday, 14 October 2011

Quotes on Quality: Bad is stronger than good

The greater power of bad events over good ones is found in everyday events.. bad emotions.. and bad feedback have more impact than good ones and bad information is processed more thoroughly than good.. bad impression and bad streotypes are quicker to form and more resistant to change than good ones.

Roy Baumeister

Tuesday, 11 October 2011

Review: Plan - Do - Check - Act

Langkah Plan - Do-Chek - Act boleh diaplikasikan dengan semua proses kerja.  Langkah pertama iaitu Plan - perancangan adalah langkah mengenalpasti objektif dan proses-proses yang terlibat untuk menghasilkan output (produk) mengikut kehendak pelanggan dan polisi organisasi.  Langkah kedua - Langkah Do (laksana) adalah melaksanakan semua proses yang telah dikenalpasti, manakala langkah ketiga Check - Semak adalah proses kawalan dan ukur hasil yang diperolehi berbanding dengan polisi, objektif dan keperluan produk dan laporkan hasil tersebut.  Akhir sekali langkah Act (bertindak) terhadap proses-proses yang memerlukan penambahbaikan.

KPTM Kuantan telah menjalankan SPK bermula Julai 2010, maka telah melebihi setahun proses SPK yang di ISOkan dilaksanakan. Oleh yang demikian, penting bagi semua pengamal proses menyemak / mengukur prestasi proses-proses yang digunapakai.  Setelah semakan dibuat, maka perlu ada tindakan penambahbaikan bagi setiap proses tersebut jika terdapat keperluan.

Berdasarkan kepada dapatan analisis, dan audit dalam  terdapat 13 prosedur yang telah dipinda bagi menambahbaik proses SPK. 

Sunday, 9 October 2011

Polisi Kualiti, Objektif kualiti dan kaitannya dengan Proses SPK

Pada awal permulaan sesuatu aktiviti, terdapat pelbagai idea / cadangan berkaitan tujuan aktiviti dan skop aktiviti yang akan dilaksanakan, apakah hasil aktiviti tersebut dan bagaimana aktiviti akan dilaksanakan.  Oleh itu sebelum sesuatu aktiviti bermula perlu ada perancangan dan sumber bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Untuk menerangkan sesuatu aktiviti, perlu dijelaskan tujuan, hasil, dan skopnya.  Dengan mengkaji perkara ini terlebih dahulu, maka dapatlah dinilai keberhasilannya di penghujung sesuatu aktiviti tersebut.  Oleh itu tanda aras ditentukan bagi menilai output yang terhasil. 

Adalah perlu untuk merangka proses kerja bagi mencapai tandaaras (objektif kualiti) yang telah ditetapkan.  Proses kerja ini untuk menghasilkan output / produk.  Untuk lebih jelas atau pengawalan, adalah penting proses kerja dirangka dalam struktur dari atas ke bawah (top-down), supaya kerja-kerja yang perlu dinyatakan dengan jelas


Dalam konteks KPTM, objektif kualiti (tanda aras) yang ditetapkan memfokuskan kualiti program, kualiti tenaga pengajar, persekitaran kondusif, kepuasan pelanggan, dan penambahbaikan berterusan.  Ianya menumpukan kepada skop Pengajaran dan Pembelajaran.   Proses kerja yang dirangka bagi menyokong objektif kualiti ialah sebanyak 32 proses kerja. 

Saturday, 8 October 2011

Memahami Polisi Kualiti dan kaitannya dengan objektif kualiti

ISO berkehendak supaya Polisi Kualiti sesuatu organisasi  dapat mempamerkan rangka kerja bagi tujuan penyediaan kualiti objektif organisasi.  Polisi kualiti menyatakan hala tuju organisasi, dan kualiti objektif yang dibina turut menyokong polisi kualiti.   Walaubagaimanapun,  tekanan dari luar seperti kehendak pelanggan dan persekitaran pasaran menyebabkan keperluan organisasi selalu atau perlu berubah.  Sekiranya itu berlaku, 'alignment' antara polisi kualiti dan objektif kualiti akan tersasar.  Oleh yang demikian pihak pengurusan organisasi perlu membuat semakan kedua-dua polisi dan objektif kualiti ini dari masa ke semasa.

Objektif kualiti mesti boleh diukur dan ianya perlu dicapai melalui sistem pengurusan kualiti yang dirangka.

Polisi Kualiti KPTM...

"KPTM menawarkan kursus-kursus yang berkualiti serta mampu dibiayai ke arah melahirkan tenaga kerja yang berilmu.
KPTM memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dengan persekitaran kondusif bagi memenuhi kepuasan pelanggan dengan penambahbaikan secara berterusan melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Berkualiti."

Antara objektif kualiti yang kelihatan jelas untuk mencapai apa yang dihasratkan oleh KPTM seperti yang dinyatakan dalam polisi kualiti adalah:
i.  100% program mendapat pengiktirafan MQA (program yang berkualiti)
ii.  90% kelengkapan bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (persekitaran kondusif)
iii.  pensyarah yang berkualiti dengan menggunakan SIE (PnP yang berkualiti)
iv.  Penempatan pelajar iaitu penyediaan hostel bagi tahun 1 (persekitaran kondusif)
iv.  aduan pelanggan perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan (kepuasan pelanggan)
v.   tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan dilaksanakan (penambahbaikan berterusan)
vi.  latihan kepada kakitangan mencukupi iaitu 8 jam setahun (sumbangan kepada PnP  yang berkualiti) 
vii.  peratus pelajar lulus iaitu 85% (program yang berkualiti)

Antara pernyataan polisi kualiti - "mampu dibiayai", dan "melahirkan tenaga kerja berilmu" perlu di 'align'kan dengan objektif kualiti termasuk - objektif kualiti yang menyentuh tentang "kemasukan pelajar" perlu di alignkan dengan polisi kualiti pada masa akan datang sebagai penambahbaikan secara berterusan.







Thursday, 6 October 2011

Audit Kakitangan

Audit kakitangan sedang dijalankan sehingga penghujung Oktober 2011.  Secara umumnya semua kakitangan akan diaudit oleh ketua unit masing-masing.   Bagi kakitangan akademik yang bergred L1 akan diaudit oleh Ketua Jabatan, manakala yang menyandang gred L2 dan L3 akan diaudit oleh Timbalan Pengarah Akademik.  Audit kakitangan adalah berdasarkan bidang tugas masing-masing.  Tujuan audit kakitangan adalah menyemak samada tugas yang diserahkan kepada kakitangan dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Bagi kakitangan akademik, penumpuan audit kakitangan adalah berkaitan penilaian pelajar, aktiviti mentor-mentee, tindakan pencegahan dan pembetulan bagi pelajar-pelajar yang lemah.

Wednesday, 5 October 2011

Sistem Pengurusan Kualiti

Ahli pengurusan SPK terdiri daripada semua ahli pengurusan KPTM Kuantan.  Wakil Pengurusan,  Pegawai Kualiti, Pegawai Dokumen, Juruaudit, Urusetia SPK dan pemegang proses merupakan tulang belakang SPK.  Terdapat 9 objektif kualiti yang telah dikenalpasti iaitu memenuhi 65% sasaran pengambilan pelajar, 80% kes aduan diselesaikan dalam masa yang ditetapkan, 100% mendapat kelulusan sebelum program dijalankan / akreditasi penuh selepas program dijalankan,  95% pelajar tahun 1 mendapat penempatan asrama, CGPA penilaian pensyarah – SIE mencapai purata 3.00 /5.00, 85% pelajar lulus, 90% kelengkapan pengajaran dan pembelajaran dipenuhi,  setiap kakitangan mendapat sekurang-kurangnya  latihan 8 jam setahun dan 100% tindakan pembetulan dan pencegahan dilaksanakan.

Monday, 3 October 2011

Perjumpaan dengan semua kakitangan KPTM Kuantan

Satu perjumpaan dengan semua kakitangan KPTM Kuantan akan diadakan pada 3.30 petang, Selasa 4 Oktober 2011, untuk menerangkan berkaitan Audit Surveillance pada 9-10 November 2011.  Semua kakitangan kecuali kakitangan yang mempunyai kuliah dengan pelajar dikecualikan.  Perjumpaan akan diadakan di Dewan Jubli Perak.

Audit Surveillance

Audit Surveillance akan diadakan pada 9-10 November 2011 dan audit akan diketuai oleh Parimala Devi. Semua warga kerja KPTM Kuantan dipohon agar bersedia dengan audit ini. 

Saturday, 1 October 2011

Mesyuarat MKSP bil 1/11

Pada 28 Oktober 2011, mesyuarat MKSP telah dijalankan.  Antara agenda yang dibincangkan adalah pengesahan minit mesyuarat bil 2/10, objektif kualiti,  hasil laporan audit dalam, aduan pelanggan, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan, prestasi perkhidmatan bahagian akademik dan bahagian perkhidmatan, perubahan SPK dan tindakan susulan ke atas tindakan MKSP yang lalu.

Mesyuarat bersambung pada 29 Oktober 2011 di sebelah pagi, bagi membincangkan keseluruhan agenda.