Langkah Plan - Do-Chek - Act boleh diaplikasikan dengan semua proses kerja. Langkah pertama iaitu Plan - perancangan adalah langkah mengenalpasti objektif dan proses-proses yang terlibat untuk menghasilkan output (produk) mengikut kehendak pelanggan dan polisi organisasi. Langkah kedua - Langkah Do (laksana) adalah melaksanakan semua proses yang telah dikenalpasti, manakala langkah ketiga Check - Semak adalah proses kawalan dan ukur hasil yang diperolehi berbanding dengan polisi, objektif dan keperluan produk dan laporkan hasil tersebut. Akhir sekali langkah Act (bertindak) terhadap proses-proses yang memerlukan penambahbaikan.
KPTM Kuantan telah menjalankan SPK bermula Julai 2010, maka telah melebihi setahun proses SPK yang di ISOkan dilaksanakan. Oleh yang demikian, penting bagi semua pengamal proses menyemak / mengukur prestasi proses-proses yang digunapakai. Setelah semakan dibuat, maka perlu ada tindakan penambahbaikan bagi setiap proses tersebut jika terdapat keperluan.
Berdasarkan kepada dapatan analisis, dan audit dalam terdapat 13 prosedur yang telah dipinda bagi menambahbaik proses SPK.
No comments:
Post a Comment